DESCRIBE ABOUT OUR CREW MEMBER AND ACTIVITY AMONG SEMESTER 1,2 AND 3 IN PSMZA ON JANUARY 2008 UNTIL JANUARY 2009.
Di mulai dengan keberkatan para Ulama' untuk merasmikan kenangan yang terindah :
PenasihatDiraja

Inilah kisah kehidupan aku yang terlalu aktif didalam Persatuan dan Kelab di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Selama 3 semester berturut-turut aku kekal didalam Kelab Kerjaya untuk mencari pengalaman yang baru dan berkeyakinan.
Akan tetapi, aku telah menjauh daripada Kelab Kerjaya pada March 2009 kerana kekangan dripada masa pembelajaran dan tekanan daripada jadual masa aku yang semakin serabut dan tidak teratur.
Masalah yang timbul ini adalah kerana aku menyertai 2 Kelab dalam satu masa iaitu Kelab Pelajar Kejuruteraan Elektrik (KPKE) dan Kelab Kerjaya. Tiada seorang pun yang memahami keadaan dan situasi aku pada masa itu. Dan diriku semakin berada dalam keadaan tertekan serta ditambah lagi dengan tekanan daripada pensyarah diluar dan didalam kelas.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk meninggalkan KPKE pada awal bulan April 2009 kerana aku berasa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut walaupun banyak pengalaman yang aku ada tetapi aku hanya dapat menerima arahan dan masih lagi tidak mampu untuk memberi arahan dan berkomunikasi dengan baik.
Didalam Kelab Kerjaya pula, keyakinan aku bertambah sikit demi sedikit untuk bergaul dan berkomunikasi dgn dengan orang lain samada kita kenal atau tidak.
Pertama sekali, aku amat berbangga kepada Presiden Kelab Kerjaya pada sesi Januari 2008 tahun iaitu Abang Zairi :
"Program Kursus Jati Diri di Pulau Kapas seramai 40 orang berserta pensyarah dan pengiring"
Nak tau kerjaya Abang Zairi sekarang? Kalau nak tau kerjayanya kena bukak facebook saya dan cari profile dia kat gambar seperti di atas ini.. dan tanya lah tuan dia sendiri. hahahahaha..All the best Abang Zairi.
Kelab Kerjaya juga mempunyai pelbagai aktiviti bermula dengan peryertaan saya sebagai ahli pada semester 1 lagi hingga la sekarang.Kelab Kerjaya memang bagus sebab setiap programnya mempunyai input dan output yang terbaik dari Kilang mengenai Kerjaya dan Masa depan anda semua..
Didalam kisah ini, aku selitkan beberapa keping kenangan semasa program Kelab Kerjaya.
Lastly, apa yang boleh aku katakan Kelab Kerjaya adalah keluarga saya.
Dan Kegagalan aku bukanlah suatu penghalang bagi aku untuk berjaya.
Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.
"JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN"